Tabung Bina Semula Gaza

Genosid di Gaza telah menyebabkan lebih 84% infrastruktur di wilayah itu musnah termasuk rumah kediaman, sekolah, hospital, jalan raya, sistem bekalan air, dan stesen janakuasa elektrik. Agensi PBB, UNDP menganggarkan sebanyak USD70 bilion (RM281 bilion) diperlukan untuk membina semula Gaza. (United Nations). Sejak gencatan senjata pada Oktober 2025, bantuan kemanusiaan telah mula memasuki Gaza. Pintu sempadan Karim Abu Salem dan Rafah telah dibuka semula bagi memudahkan proses kemasukan bantuan dan evakuasi pesakit dari Gaza. Dengan kerjasama pelbagai pihak, MyCARE telah berjaya membawa masuk 10 buah trak bantuan dari Mesir untuk mengurangkan penderitaan penduduk Gaza.
MyCARE telah melaksanakan pelbagai projek baik pulih dan pembangunan semula Gaza termasuk:

Telaga: Beit Lahia, Jabalia, Kem Al-Mashtal, Nuseirat, Khan Younis
Sekolah Sementara: Sekolah Khadijah dan Sekolah Dar al- Arqam
Hospital: Hospital Kanak-kanak al-Rantisi
Masjid: Masjid al-Salhi dan Masjid al-Rawdah

Justeru, kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama kami dalam misi ini.
Campaign code : palestin
The items will be automatically added to your cart when you specify the quantity or amount.
You may simply click More campaigns button to donate another campaign, or click Checkout if you wish to continue choosing your preferred payment method.

Related campaigns