Palestin Diserang

Rejim Zionis membedil Gaza lagi. Tidak cukup dengan sekatan ekonomi sejak tahun 2007, mereka bom pula wilayah kecil ini dari udara, darat dan laut. Rumah, sekolah, hospital semua tidak terlepas dari kekejaman mereka. 

Setakat 25 Julai 2024, sudah lebih 39,000 orang terkorban. 65% daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak. Lebih 1.9 juta penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal. 

Sejak 7 Oktober 2023, MyCARE telah menggerakkan bantuan kecemasan ke Gaza. Bantuan disalurkan melalui Pejabat MyCARE di Gaza dengan kerjasama NGO-NGO tempatan dan antarabangsa. 

Alhamdulillah, setakat 7 Julai 2024, RM10.4 juta bantuan telah berjaya MyCARE salurkan ke Gaza. Walau bagaimanapun, masih banyak bantuan diperlukan ekoran perang yang masih berjalan. 

 Jom bersama kita bantu Gaza dan ringankan penderitaan saudara kita di sana.

“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan di dunia, maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hambaNya selagimana hambaNya membantu saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Campaign code : palestinemergency
The items will be automatically added to your cart when you specify the quantity or amount.
You may simply click More campaigns button to donate another campaign, or click Checkout if you wish to continue choosing your preferred payment method.

Related campaigns