Palestin Diserang

Pada 18 Mac 2025, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Gaza, menamatkan gencatan senjata yang telah berkuat kuasa sejak Januari. Serangan ini mengakibatkan lebih daripada 400 kematian, termasuk ramai wanita dan kanak-kanak, menjadikannya antara tempoh 24 jam paling berdarah sejak perang bermula pada 2023. 

Sejak 7 Oktober 2023, MyCARE telah menggerakkan bantuan kecemasan ke Gaza. Bantuan disalurkan melalui Pejabat MyCARE di Gaza dengan kerjasama NGO-NGO tempatan dan antarabangsa.

Alhamdulillah, setakat 20 Januari 2025, lebih RM15 juta telah berjaya disalurkan untuk keperluan penduduk di sana. Walau bagaimanapun, masih banyak bantuan diperlukan.

Gencatan senjata yang telah dicapai pada 19 Januari 2025 membuka peluang kepada MyCARE untuk meningkatkan lagi bantuan kepada penduduk Gaza. Ayuh bersama kita bantu Gaza dan ringankan penderitaan saudara kita di sana.

Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan di dunia, maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hambaNya selagimana hambaNya membantu saudaranya.(Riwayat Muslim)

Campaign code : palestinemergency
The items will be automatically added to your cart when you specify the quantity or amount.
You may simply click More campaigns button to donate another campaign, or click Checkout if you wish to continue choosing your preferred payment method.

Related campaigns