Tabung Misi Flotilla Ke Gaza

Tabung Misi Flotilla Ke Gaza

Tahun lepas MyCARE bersama Freedom Flotilla Coalition (FFC) berjaya menghantar kapal MADLEEN, HANDALA dan CONSCIENCE untuk cuba memecahkan kepungan rejim Zionis ke atas Gaza. Ia merupakan cubaan FFC yang ke-18 sejak tahun 2008.

Misi tahun lepas telah mencetuskan impak yang begitu besar menerusi penyertaan pempengaruh seperti Greta Thunberg dan Nicole Jenes sehingga melahirkan dua inisiatif baru - Global Sumud Flotilla (GSF) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG).

Jawatankuasa Pemandu (SC) FFC telah bersidang baru-baru ini di Dublin, Republic of Ireland untuk menilai pelaksanaan dan keberkesanan misi 2025. 

Dalam persidangan tersebut, jawatankuasa sebulat suara memutuskan untuk meneruskan misi memecahkan sekatan ke atas Gaza pada tahun 2026 dengan jumlah kapal yang jauh lebih besar.

Sekatan terhadap Gaza mesti dipecahkan. Gencatan senjata yang dipersetujui tidak mempunyai apa-apa makna selagi Gaza terus dikepung.

Justeru, MyCARE sekali lagi mengalu-alukan sumbangan anda bagi menjayakan misi kami untuk tahun 2026.

#BreakTheSiege 
#FreedomFlotilla 
#MyCARE
#Misi2026

Campaign code : FFC
The items will be automatically added to your cart when you specify the quantity or amount.
You may simply click More campaigns button to donate another campaign, or click Checkout if you wish to continue choosing your preferred payment method.

Related campaigns