Rose2Rose

SEORANG IBU YANG KURANG ZAT, MELAHIRKAN GENERASI YANG BERISIKO.

Di sebalik peperangan yang berterusan di Gaza, ribuan ibu hamil, ibu yang menyusukan anak dan kanak-kanak kecil sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang amat sukar. Kekurangan makanan berkhasiat, air bersih dan rawatan kesihatan menyebabkan ramai mengalami malnutrisi, sekali gus meningkatkan risiko kepada kesihatan ibu serta tumbesaran anak-anak.

Kanak-kanak pula merupakan golongan yang paling terjejas. Tanpa nutrisi yang mencukupi, mereka berisiko mengalami kekurangan zat, anemia serta gangguan tumbesaran yang boleh memberi kesan sepanjang hayat.

Seorang ibu yang sihat mampu melahirkan generasi yang sihat. Dengan sokongan nutrisi yang mencukupi, kita dapat membantu ibu terus kuat, bayi membesar dengan lebih sihat dan anak-anak Gaza mempunyai peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.

Mereka masih kecil. Mereka masih memerlukan kita.

Campaign code : Rose2RoseProject
The items will be automatically added to your cart when you specify the quantity or amount.
You may simply click More campaigns button to donate another campaign, or click Checkout if you wish to continue choosing your preferred payment method.

Related campaigns