Kempen Syria

Syria masih bergelut dengan krisis kemanusiaan. Perang saudara yang telah berlarutan lebih daripada satu dekad ini telah menghancurkan kehidupan berjuta-juta rakyat di bumi anbiya' itu. Kehidupan yang dahulunya penuh harapan kini bertukar menjadi derita.

Sejak tahun 2011, lebih 14 juta rakyat Syria terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk mencari perlindungan di tempat lain. Ini menyebabkan Syria menjadi negara dengan krisis pelarian yang terbesar di dunia. 70% penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan dan 90% hidup di bawah garis kemiskinan. 

Tahun lepas mereka diuji pula dengan tragedi gempa bumi yang melanda wilayah selatan Turkiye dan utara Syria. Gempa tersebut telah meragut ribuan nyawa dan memusnahkan ratusan infrastruktur di seluruh rantau tersebut. Walaupun setahun sudah berlalu, mereka belum bangkit sepenuhnya daripada tragedi tersebut.

Justeru itu, MyCARE telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Syria untuk meneruskan usaha meringankan beban penduduk Syria yang terkesan akibat konflik peperangan mahupun tragedi gempa bumi yang berlaku.

Campaign code : syria
The items will be automatically added to your cart when you specify the quantity or amount.
You may simply click More campaigns button to donate another campaign, or click Checkout if you wish to continue choosing your preferred payment method.

Related campaigns